NADI Care Studio Sihat-Makan Daging Masa Kenduri, Esok Ibu Kaki Jari Berdenyut

21 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2026, bermula pukul 10.30 pagi, 1 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti kelas NADI Care Studio Sihat iaitu Makan Daging Masa Kenduri, Esok Ibu Kaki Jari Berdenyut?

Tips ini menjelaskan mengenai kaki berdenyut selepas makan daging bukan 100% disebabkan oleh daging, kadang-kadang bukan daging semata-mata. Air manis bergelas-gelas, kurang minum air, berat badan dan fungsi buah pinggang pun boleh jadi serangan gout datang mengejut. Secara asasnya, gout berlaku bila paras asid urik dalam badan terlalu tinggi. Asid urik ini boleh membentuk kristal tajam dalam sendi dan sebab itu lah sendi jadi bengkak, merah, panas dan sakit sangat. Selalunya pada ibu jari kaki. Makanan tinggi pur seperti daging merah, organ dalaman dan sesetengah makanan laut memang boleh menyumbang kepada peningkatan asid urik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali